SALAM PERJUANGAN

Selasa, 29 Mac 2011

KeHiDuPaN kiTa


Pengertian sebuah kehidupan 
cukup berbeza untuk setiap orang. 
Ada yang berkata hidup ini mesti mempunyai tujuan, 
ada lagi yang berkata hidup ini umpama misi, 
misi yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan sebaiknya. 
Juga ada yang berkata hidup ini perlu lebih baik dari hari semalam. 
Ada juga yang menjadikan pandangannya terhadap kehidupan 
sebagai motto kehidupannya seperti Erti Hidup Pada Memberi dan 
ada juga yang berkata hidup umpama sebuah akademi.

Sebenarnya tiada jawapan salah atau betul 
dalam memahami erti sebuah kehidupan 
asalkan ianya tidak bertentangan dengan fitrah sunatullah manusia dan 
jika ianya tidak bertentangan dengan fitrah,
tentulah ianya selari dengan Islam kerana 
Islam adalah sememangnya selari dengan fitrah manusia.

Pandangan seseorang terhadap kehidupan itu 
lebih bergantung kepada pengalaman seseorang 
terhadap apa yang telah dilalui atau mungkin sekali 
berpandukan pendidikan yang telah diterima sejak kecil lagi. 

Kemudian didikan dan pandangan tersebut 
bakal mencorakkan pemikiran atau 
dalam bahasa yang lebih mantap lagi 
mencorakkan paradigma.

Paradigma umpama kaca mata 
untuk melihat dunia dan seseorang 
sering menilai kehidupan melalui kaca mata mereka 
dan mereka seringkali menilai kehidupan berdasarkan pengalaman 
yang terhad dan terbatas.

Walaubagaimanapun, 
keterbatasan pandangan boleh berubah menjadi 
pandangan yang bernas atau 
dipanggil paradigm shift dan paradigm shift 
penting bagi mereka yang ingin berubah dan mengubah orang lain. 

Perubahan paradigm shift perlu sekali bagi mereka 
yang masih hidup terawang-awangan 
tanpa arah tujuan dan 
yang lebih teruk lagi tidak tahu tujuan hidup.

Ahad, 27 Mac 2011

JasAmu TetaPku KeNanG

Cikgu Juzaidi Mohammad SMKJ03

Terima Kaseh Cikgu, 
Cg.Juzaidi Mohammad
ayah angkat dikala PMR SMKJ(2003).

Selama 8 thun aku xberjompa
tapi dengan kenangan jasa cg,
juga tunjuk ajar yang berguna,
tambah, tolak, darab, bahagi,
semua aku kenali dari rotan kepala ular
yg selalu mengetuk buah pikiran
xlupa dgn kapur,
putih, kunig, hijau juga biru,
yang dicalar disetiap dahi sebagai tanda
aku anak muridnya yang akan berjaya. 

Alhamdulillah sehingga sekarang (2011)
aku maseh berhubung,
melalui talia. 

Selain keluarga juga sahbt2, 
beliau juga turut memberi smangat 
Untuk kejayaan aku duniAkhirat.. 
terima kasih cikgu..

disini aku iringkan sajak untuk cg,
(khas tu guruku yg terchenta) 

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
InsyaAllah:)

HADIS - HADIS 40


Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "


Hadis Keduapuluh Dua

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. " Hadis



Keduapuluh Tiga

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '


Hadis Keduapuluh Empat

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku. Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut. Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "



Hadis Keduapuluh Lima

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu." Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. " Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? " Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. " 

Hadis Keduapuluh Enam


Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "




Hadis Keduapuluh Tujuh


Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. ~ Riwayat Muslim Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "




Hadis Keduapuluh Lapan


Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ). Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '




Hadis Keduapuluh Sembilan


Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. " Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. " Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. " Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. " Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "




Hadis Ketigapuluh


Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya.


Hadis Ketigapuluh Satu

Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '


Hadis Ketigapuluh Dua

 Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : " Tiada mudharat dan tiada memudharatkan. "



Hadis Ketigapuluh Tiga

Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : " Jika dilayankan setiap orang dengan tuntutannya, nescaya ada orang yang menuntut harta benda orang lain dan ada pula yang menuntut darahnya. Akan tetapi yang menuntut itu harus menbawa saksi, manakala yang memungkiri harus bersumpah. "


 Hadis Ketigapuluh Empat

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.


 Hadis Ketigapuluh Lima

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "

Hadis Ketigapuluh Enam

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "


Hadis Ketigapuluh Tujuh

 Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja. ~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.


Hadis Ketigapuluh Lapan

 Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia Hadis Ketigapuluh Sembilan Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka






 Hadis Keempatpuluh

 Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "


Hadis Keempatpuluh Satu

 Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "


Hadis Keempatpuluh Dua

 Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.


Sabtu, 26 Mac 2011

Chanteknye Kehidupan:)


Dalam kehidupan ini,
banyak terjadi perkara-perkara yang tidak kita sukai. 
Lalu kita mengeluh. 
Kenapa dan mengapa ianya bisa terjadi. 
Walaupun hakikatnya, itulah yang terbaik untuk kita.

Dan kadang-kala, 
terjadi pula sesuatu perkara yang kita suka akannya. 
Namun tanpa kita ketahui, 
ia sebenarnya tidak baik untuk kita.

Itulah kita. 
Manusia biasa, 
yang lemah dan sentiasa tewas dalam memilih 
apa yang sebenar-benarnya yang kita ingini dan 
yang terbaik untuk kita.

Hidup bukan sekadar untuk hari ini, 
tapi hidup adalah untuk hari-hari yang mendatang. 
Usah kita terlalu mengikutkan kata hati, 
kelak kita juga yang akan rugi.

Kita bisa untuk mengimpikan semuanya. 
Kita masih bisa untuk mengejar dan berusaha mencapainya. 
Tapi kita tidak bisa untuk menolak takdir-Nya, 
andai impian tersebut bukan milik kita.

Jalanilah kehidupan dengan sebaik-baiknya. 
Masih banyak yang menanti kita di depan sana. 
Kita hanya perlu berusaha dan terus berusaha.

Dalam kehidupan ini, 
kita pasti akan bertemu dengan sesuatu ataupun seseorang. 
Kita juga mungkin akan pergi ke satu dua tempat dan 
melalui satu dua pengalaman berharga. 
Dan membuatkan kita tertanya-tanya, 
kenapa kita baru bertemu? 
Kenapa aku tak perasan benda ini tadi? 
Kenapa seperti aku pernah datang ke tempat ini?

Dalam kehidupan ini juga, 
kita akan melalui pelbagai situasi yang mencemaskan, 
yang menceriakan, 
yang mendukakan, 
yang membahagiakan dan 
segala macam yang boleh 
mempengaruhi perlakuan dan emosi kita.

Kenapa kita terlalu rungsing 
dengan kehidupan yang sebenarnya sungguh indah ini? 
Adakah kita terlalu beremosi atau terlalu takut sebenarnya?

Sama ada kita suka atau tidak, 
itulah kehidupan yang perlu kita lalui.

Oleh itu, 
laluilah kehidupan ini dengan sebaik-baiknya. 
Kehidupan ini sesungguhnya menyimpan sejuta rahsia 
yang perlu kita selongkari untuk kita nikmati keindahannya.

Jumaat, 25 Mac 2011

Coba Jadi Abi Yang Baek:)


D’saat p’tama kali, 
kita d’lahirkan di planet bumi..
suara tangesan kita itu, p’lahan lahan mula kedengaran.. 
setiap makhluk..
m’mecah-mecah ruangan k’sunyian..

D’balik tangesan kita itu.. 
senyuman mula jelas kelihatan pada rauh wajah ibu dan bapak kita..
kerna dengan k’hadiran kita itu,
ibu dan bapak bisa t’senyum..
dan terus t’senyum.. 
kerna bersyukur..
dari pemberianNYA.

D’saat kita kecil2.. 
kita d’beri belaian dengan penuh kasih dan sayang.. 
apa2 yang kita kehendaki, pasti kita perolehi.. 
kerna mereka itu,
t’lalu sayang sama kita..
menyiara kita,
bagai menatang minyak yang penuh..

Pabila kita mula m’ningkat usia..
kita d’paksa untuk hadir ke sekolah..
menuntut ilmu..
paksaan itu,
membuat bebola mata mula berkaca..
terasa mula m’nanges.. 
dan air mata itu, laju2 mula mengalir membasahi pipi..

D’sekolah itu, 
kita mula mengenal huruf.. 
A-Z.
mula mengenal angka.. 
1-10
mula belajar untuk mengira.. 
tamabh, tolak, darab, bahagi.
mula belajar untuk membaca.. 
dan mula belajar untuk menulis..

Usia kita mula meningkat remaja.. 
masa kita semakin pendek..
d’saat itu, 
kita mula mengenal erti kehidupan.. 
kita juga mampu membuat p’bedaan antara baek dan buruk.. 
dan kita juga bisa membedakan antara warna hitam dan warna putih...
juga warna warni.

Hari demi hari,
masa itu b’lalu.. 
usia kita, 
mula meningkat tua dewasa.. 

D’saat itu, 
kita mula mempunyai kehidupan sendiri..
dari tiada, 
kita ada.. 
dari kecik, 
kita membesar..
menjadi tua dewasa..
dari kelu,
lidah kita bisa b’kata kata.. 
dan dari b’tahtih, 
kita bisa b’jalan..
laju2 b’jalan..
dan juba ingin berlari..
b’jalan dan terus berlari menuju puncak
mula mengejar kejayaan...

semua itu, 
b’mula dari ibu dan bapak kita..
semuanya,
kerna mereka.:)

Rabu, 23 Mac 2011

RayUaN sEoRaNG AdIk BonGsu



Abe chik..abe chik...abe chik...
balik laaaaa...dik su nk g skolohhhh......
*sad sound* 

Aku mempunyai adik lelaki bongsu yg ke10
panggilan manja dik su,
semnjak dik su pandai belajar sesuatu yang baru...
dik su mula menghargai kaseh sayang seorg akak & abgnyer.
kemanjaan dik su mula terpauk dihati abgnye.


Setiap gerak-geri abgnyer lakukan 
dik su mula belajar meniru..
xpernah putus semngat utk dik su meniru 
jejak langka abang2nye.


Hari yang berlalu..
ketika aku masih bersama dik su 
dikampog.


Disetiap pagi petang juga malam
xlelah kami berjalan2 disekita blakang umah
dengan penuh hutan tebal.
juga xpernah haus mandi-manda
di sebuah anak sungai sebelah rumh,


 Dik su mula bercita2 ingin mnjadi doktor,
bomba, pensyarah,juruterbang, polis dll.
berbisik ditelingaku dengan suara yg kuat
lalu dia menangis tiba2 teringat
jikalau abag2 & akak2nyer nanti,
tinggalkan dik su keseorangan.


Aku mula mendekatinya.


Kemanjaan ku belai dik su didahi
melambagkan kesayangan seorang abg
terhadap adik bongsu
cita-citanya terlalu banyak utk diucapkan.
tapi itu semua mainan semangat untuk kehidupan
yang bermulanya dengan tujuaan.


Terbang kepuncak jaya..

kini abg2 & akaknyer terbang mendewasakan diri...

mencapai  kejayaan masing2..
namun,
adik su mula keseorangan...
bersama tiub basikal lama abagnyer..
tiap hari dipusing ia kehulu ke hilir bersama 
tiub kenangan abangnyer..
sekarang dia mula pandai petah berkata2.
bila ada sahaja alasan dari abag juga akaknyer..
ada sahaja dia menoleh kata2 itu..
dia tahu abag2 & akaknya pergi jauh darinya
untuk mengerjar cita-cita.
tapi dik su tetap kesunyian.
hanya bermanja dengan  Boboy
seekor anak monyet yg baik hati,
penyayang juga comel.


Malam tiba..


dik su xlena tidor mahupun dibuai mimpi
terkenangankan abag2 & akak2nyer sebelum ni,
berada berjauhan darinya
bagai sekejap datang sekejap pergi.
mata dik su mula berkaca
bagai kaca yang retak tapi xde bunyi..
dik su hanya menangis didalam hati
tanda rindu akan abag2 juga akak2nye.


Hanya Allah yang tahu...
perasaan seorang adik yang rindukan abag2 & akak2nye.

Di 1/3 malam.


Dik su terjaga..
mula menangis tanpa disedari sesiapa.
dik su bangun dan terus ke bilik abang & akaknyer yang kosong
laju2 mengalirnya air mata.
dengan suara tersedu2..

Dik su menoleh di bilik abangnyer

ada sebuah kotak yang penuh dengan isian
bersama pipi yang dibasahi air mata kerinduan
dik su mula mmbuka kotak abagnyer
dapati buku-buku dikala abagnyer
bersekolah menengah dahulu..


Biologi, Fizik,Kimia,Add Math,
dik su hnya membelek2 buku tersebut
tapi dia xtahu ape buku itu.


Tiba-tiba terjompa dik su sekeping gambar abangnyer
makin laju air mata keluar dari kelompak matanya..
dik su mengucup lalu memeluk gambar abangnyer
dibawa bersama ketempat tidurnya.
dengan tangisan teresak-esak dibuai lenanya
hingga ke pagi.


Pagi yg ceria..


  Termenung dik su di jendela papan rumah kampog..
keseronokan bersama tuib tayar makin pudar.
dik su mula membatu keseorangan
tanpa ditemani Boboy.


Semakin hari semakin sunyi
walaupun berdepan dengan ayah juga umi
dik su rindukan abang2& akak2nyer.


Pertama kali aku menelefon..
suara dik su dari jauh kudengari...
abe chikkkkk!!! balik nanti......
beli basikalllllll!!!!..


Niat dihatiku,
tanda sayang akan 
adik bongsu
aku beli sebuah basikal BMXkids.
hadiah untuk adik su.
(cuti bermula aku pulang ke kampog)
 ............................................................
Dari mula takut dik su ingin mengayuh
walau dengan empat roda
dalam hati dik su, percaya macam xpercaya
seorang abang sanggup bekorban tuk adik bongsunyer.
tersenyum sampai ke tinge,
kata dik su :)


Kini tiup tayar..
bagi dik su tiada hubungan lagi..
kerna dik su sudah ada kawan baru..
boleh tunggang lagi..


Sukar dik su,
mengucap terima kaseh utk abang.
dengan ukiran air mata dik su, 
tanda terima kaseh tuk abang:)


Inilah aksi2 dik su mula beraksi dipentas mata abag2 & akak2nyer:)
















Kini wajah2 dik su bertambah ceria..
bersama anak saudara, along & angah..
 aku turut ceria.


Kali kedua aku menelefon..
semasa ditempat kerja.


Rindu keluarga mula terlintas
lagi2 seorang adik bongsu.
aku curi masa utk menelefon keluarga di kampong...
memandangkan kredit percuma masih ada...
sambil bercakap2 dgn umi..
tetiba suara dari jauh..
merayu!!!
Semakin rapat ditelingaku..
rupanya suara..
seorang adik bongsuku mngeluh, merayu 
abg/akak kesygnnya pulg bermanja dikmpg!
suasana tangisan kembali lagi.
katanya umi, dik su masih teringat akan abag2 juga akak2nyer
yang berjauhan:)

Ahad, 20 Mac 2011

Salam Terakhir

 
Aku
sampaikan salam
buat kamo

Salam terakhir
salam teristimewa

Kepada kamo yang tersayang
Pada teman yang ku kenangkan
Pemergian ku ini tak dirancang
buat sementara
untuk perjuangan

Usah bertanya
mengapa aku mengucap
salam yang terakhir
kepada kamo

Bukan sengaja
aku berdemikian
tapi
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
melahirkan kerinduan
melahirkan kaseh sayang
terhadap kamo

Hakikatnya
setiap hari
aku merinduikan kamo
disaat aku bekerja
mahupun berjalan

Sebuah kenyataan
sudah terpaku dihati kecil aku
yang tidak berdaya
Hanya aku berserah padaNya
semoga orang yang aku sayangi
dilimpahi rahmatNYA selalu

KepadaNya jua
aku memohon keampunan
MelaluiNya jua
aku beri kemaafan Kepada kamo

Andainya
aku punya waktu
Masih aku ingin mengulangi semula
disaat indah
dizaman klasik
dialam persekolahan
bersama kamo

Tapi sayang
tak berkesempatan
buat sementara
kerna kesibukan waktu
yang selalu aku tempuhi

Abadikan saja
salam aku di ingatan
Semoga kamo
dimurahkan Rezeki

InsyaAllah
diizinkan waktu
Kita akan berjompa kembali
dihari yang amat mulia
Disuasana yang penuh bermakna

Aku setia bersama kamo
kerna kamo sebahagian
dalam hidup aku

 Aku bersyukur
padaMu Ya Allah
Ya Rahman dan Ya Rahim
kerna temukan aku
seseorang yang
aku cintai kerna 
agamaMU
Amin.


Dia Pernah Mencintaimu..

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih 

Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.


SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Jumaat, 18 Mac 2011

Jika Dia Benar UntukKu


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

AMIN YA RABB..

Khamis, 17 Mac 2011

TAZKIRAH - PESANAN ROH KEPADA MANUSIA


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
 

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
 

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
 

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."
 


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
 


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
  


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. 

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. mengkehendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
 

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T, maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah itu maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." 

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 

1. Orang-orang yang mati syahid. 

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 

3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Sekian untuk ingatan kita bersama. 

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Panduan Kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...