SALAM PERJUANGAN

Jumaat, 1 Februari 2013

Di Sebalik Tawaf…

Di Sebalik Tawaf…


Sedikit entri ringkas untuk hari ini sebagai renungan kita semua. Perasan tak kita ada satu persamaan di antara tawaf keliling Kaabah dan juga fenomena, hukum alam malah sukan yang berlaku di dunia ni? Kita sedia maklum tawaf dilakukan mengikut arah lawan jam. Tapi bukan tawaf saja yang mengikut arah lawan jam, ada lagi ciptaan Allah yang lain pun turut sama bergerak mengikut arah lawan jam.
Antara ciptaan Allah yang bergerak mengikut arah lawan jam adalah planet. Tak kira planet paling besar iaitu Musytari ataupun planet Utarid yang paling kecik, semuanya berputar mengeliling matahari sebagai paksinya dalam arah melawan jam.
Selain daripada planet, tornado atau puting beliung juga berputar mengikut arah lawan jam yang mampu menghasilkan kuasa yang sangat hebat sampaikan boleh menghancurkan apa-apa saja yang berada di laluannya.
Kebetulan? Mungkin ya, tapi cuma kita tengok orang yang jogging kat atas trek ataupun taman rekreasi. Perasan tak diorang jogging mengikut arah lawan jam? Kenapa agaknya? Tak disuruh pun tapi arah itulah yang paling selesa untuk kita berjogging, seolah-olah kaki kita tahu arah mana yang sepatutnya kita berlari. Sama juga dengan sukan lumba lari tak kiralah lumba lari berganti-ganti atau lompat pagar, pun ikut arah lawan jam.
Ada lagi yang bergerak mengikut arah lawan jam iaitu atom, zarah yang sangat kecik yang tak mampu dilihat dengan mata kasar. Kajian sains menunjukkan bahawa atom juga berputar mengelilingi nukleus dalam arah lawan jam.







tawaf 1 Di Sebalik Tawaf...
Nampak tak kehebatan arah lawan jam? Dari sebesar-besar ciptaan Allah hingga ke sekecil-kecil ciptaanNya semua bergerak dan berputar mengikut arah lawan jam. Banyak lagi contoh sebenarnya tapi tak dapat nak difikirkan setakat ni. Cuma dapat diringkaskan yang aktiviti tawaf mengelilingi Kaabah mempengaruhi segala aktiviti yang berlaku di seluruh alam. Tapi sistem Barat mengajar kita bergerak mengikut arah jam melalui penciptaan jam analog. Di sebalik tawaf ada rahsia yang tersembunyi.
Allah Maha Bijaksana!

p/s: ada beza tak antara kacau cawan lawan arah jam dengan ikut jam?

Panduan Kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...