SALAM PERJUANGAN

Memaparkan catatan dengan label Renungan BersaMa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan BersaMa. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mac 2013

Makna Cinta Pada Allah


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allah7.
Apa dia makna cinta pada Allah?
 .
Ia adalah perasaan apabila antum melakukan sesuatu bagi mendapatkan Perhatian Allahسبحانه وتعالى, CintaNya, KeredhaanNya dan juga untuk meraih laba RahmatNya supaya kehidupan antum berkat sentiasa.

Orang yang cinta pada Allah سبحانه وتعالى biasanya sanggup melakukan sesuatu secara rela dan percuma sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah  سبحانه وتعالى.
Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah  سبحانه وتعالى, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah سبحانه وتعالى.
Dia tidak melakukan semua itu kerana nama dan wang tapi untuk berbakti setulus hati. Dia menyumbang bakti pada orang sekeliling supaya Allah سبحانه وتعالى kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah سبحانه وتعالى melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui sentiasa berbuat kebaikan. Dia adalah seorang yang baik di hati, pada perbuatan, pada kata-kata dan di dalam fikirannya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman :

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ

“Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan.”  (Surah An-Nisa’ : Ayat 125)
.
Cinta pada Allah سبحانه وتعالى tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersolat sunat. Semua itu hanya luaran. Allah سبحانه وتعالى hanya akan memandang keikhlasan hati antum.
Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti antum berhabis untuk mendapat perhatiannya. Antum sentiasa belikan hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya antum boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta padanya.
Untuk apa antum solat selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa antum bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersolatlah kerana antum mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah سبحانه وتعالى, supaya Allah سبحانه وتعالى sayang, supaya antum menonjol di kalangan hamba-hambaNya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila antum mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, سبحانه وتعالى bila sudah buat, antum rasa cukup puas hati.
Bila antum tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya antum akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat orang yang antum tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Antum berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah سبحانه وتعالى melihat apa yang antum lakukan lantas melihat antum sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.
Apa petanda kasih sayang Allah سبحانه وتعالى?
  • Rezeki antum dimurahkan
  • Wajah sentiasa ceria
  • Hidup dibahagiakan
  • Masalah dikurangkan
  • Pergaulan diperluaskan
  • Urusan dipermudahkan
  • Segala perkara yang diakukan akan menjadi lancar.
 .
Cinta kepada bunga, bunga akan layu. cinta kepada manusia, manusia akan mati… tetapi cinta kepada Allah سبحانه وتعالى adalah cinta yang kekal dan abadi.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمْ

 

Kredit : http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/02/28/makna-cinta-pada-allah/#more-6404

Jumaat, 1 Februari 2013

Di Sebalik Tawaf…

Di Sebalik Tawaf…


Sedikit entri ringkas untuk hari ini sebagai renungan kita semua. Perasan tak kita ada satu persamaan di antara tawaf keliling Kaabah dan juga fenomena, hukum alam malah sukan yang berlaku di dunia ni? Kita sedia maklum tawaf dilakukan mengikut arah lawan jam. Tapi bukan tawaf saja yang mengikut arah lawan jam, ada lagi ciptaan Allah yang lain pun turut sama bergerak mengikut arah lawan jam.
Antara ciptaan Allah yang bergerak mengikut arah lawan jam adalah planet. Tak kira planet paling besar iaitu Musytari ataupun planet Utarid yang paling kecik, semuanya berputar mengeliling matahari sebagai paksinya dalam arah melawan jam.
Selain daripada planet, tornado atau puting beliung juga berputar mengikut arah lawan jam yang mampu menghasilkan kuasa yang sangat hebat sampaikan boleh menghancurkan apa-apa saja yang berada di laluannya.
Kebetulan? Mungkin ya, tapi cuma kita tengok orang yang jogging kat atas trek ataupun taman rekreasi. Perasan tak diorang jogging mengikut arah lawan jam? Kenapa agaknya? Tak disuruh pun tapi arah itulah yang paling selesa untuk kita berjogging, seolah-olah kaki kita tahu arah mana yang sepatutnya kita berlari. Sama juga dengan sukan lumba lari tak kiralah lumba lari berganti-ganti atau lompat pagar, pun ikut arah lawan jam.
Ada lagi yang bergerak mengikut arah lawan jam iaitu atom, zarah yang sangat kecik yang tak mampu dilihat dengan mata kasar. Kajian sains menunjukkan bahawa atom juga berputar mengelilingi nukleus dalam arah lawan jam.







tawaf 1 Di Sebalik Tawaf...
Nampak tak kehebatan arah lawan jam? Dari sebesar-besar ciptaan Allah hingga ke sekecil-kecil ciptaanNya semua bergerak dan berputar mengikut arah lawan jam. Banyak lagi contoh sebenarnya tapi tak dapat nak difikirkan setakat ni. Cuma dapat diringkaskan yang aktiviti tawaf mengelilingi Kaabah mempengaruhi segala aktiviti yang berlaku di seluruh alam. Tapi sistem Barat mengajar kita bergerak mengikut arah jam melalui penciptaan jam analog. Di sebalik tawaf ada rahsia yang tersembunyi.
Allah Maha Bijaksana!

p/s: ada beza tak antara kacau cawan lawan arah jam dengan ikut jam?

Jumaat, 5 Oktober 2012

Zaman Nabi Ibrahim: Kisah Burung Pipit




Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yg zalim, seekor burung pipit berulang-alik drpd sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dgn membawa air kolam tadi dlm paruhnya yg kecil.

Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. & Jibril bertanya kpd sang pipit, 

“Adakah air itu mampu utk memadamkan api yg menggila marak & besar itu? “

Lalu sang pipit menjawab, 
“Yg dia tahu bahawa air yg dibawa tidak terpadamkan api yg ganas itu. Namun, sekurang²nya saya telah menjalankan tanggungjawab & tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.”

Iktibar & pengajaran:
Sebagai seorang insan yg mengaku beragama Islam: 
Apakah usaha kita utk menegakkan syiar kebenaran Islam? 

Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina & dicerca?

Usaha yg kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik ertinya drpd usaha yg kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. Bagaimanapun, ia lebih baik drpd langsung tidak berbuat apa-apa.

Ada juga insan yg merasa takut utk menegur pemimpin krn beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yg tidak punyai pangkat atau jawatan.

Jadilah insan yg benar² berjiwa merdeka. Apa makna merdeka? Maknanya kita bebas, tidak takut & tidak memperhamba diri kpd manusia. 

Jadilah insan berjiwa merdeka yg tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yg benar tanpa rasa gementar dgn ancaman & ugutan manusia.

Niat kita mesti betul dlm perjuangan, niat kita wajib diperbetulkan. 

Kita berjuang krn Allah
ALLAHU AKHBAR!!!

Sabtu, 1 September 2012

Bila kita Jatuh Hati Pada seseorang....

Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:





1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.

2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak

3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.

Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.

4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.. Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.

5.Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.

6.Menentukan Waktu Khitbah
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.

7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan

Ahad, 1 April 2012

Sebutir Kasih Sejuta Sayang




BENAR kah???

Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya...
Diam adalah cara dia untuk mencari jalan keluar...

Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis tatkala bingung mengepung....

Tidak mudah mudah berkata benar.. tatkala panik mencekik....
Tapi mungkin akan menitis perlahan di saat menghamba diri dalam kerinduan...
di tikar sajadah yg abadi....

Menyepi dalam kepasrahan.... Bertaubat akan jutaan kesalahan yang pernah dilakukan...

senyum sokmo :)

Panduan Kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...