SALAM PERJUANGAN

Isnin, 27 Jun 2011

Cara-cara yang benar untuk melamar..



Untuk lelaki yang melamar calon isteri:
Cara pertama lagi yang terbaik ialah lelaki melamar melalui wali – yakni ayah– calon isterinya. Lelaki akan menemui wali secara berhadapan (face to face) lalu meminta izin dan keredhaan beliau untuk menjadikan anak perempuannya sebagai isteri. Cara ini ditunjukkan oleh Rasulullah apabila baginda inginmenikahi A’isyah binti Abu Bakar. Rasulullah pergi menemui ayahnya – Abu Bakar as-Shiddiq – lalu menyatakan hajatnya untuk menikahi puteri beliau – A’isyah. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 4691.
Cara kedua, lelaki menggunakan orang tengah untuk melamar terus kepada calon isterinya. Cara kedua ini sesuai jika wanita tersebut sudah dewasa atau janda berbanding cara pertama yang sesuai untuk wanita muda atau masihdara. Cara kedua ini ditunjukkan oleh Rasulullah apabila baginda inginmenikahi Umm Salamah. Baginda mengutuskan Hathib bin Abi Balta’ah untuk melamar Umm Salamah yang ketika itu baru kematian suaminya. [Shahih Muslim, no: 1525]
Untuk wanita yang melamar calon lelaki:

Ahad, 26 Jun 2011

10 Sifat CaloN Suami YanG Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1.      Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan


2.      Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3.      Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4.      Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5.      Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6.      Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7.      Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8.      Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9.      Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10.  Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Sumber: Maizatul Akma




p/s : InsyaAllah..aku doakn utk diri aku juga bakal calon suami semoga kita terpilih dalam sifat2 yg baik seperti diatas InsyaAllah

Sabtu, 25 Jun 2011

Isteri Calon Neraka



-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.




Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa.



Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “


Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah




Khamis, 23 Jun 2011

Harapan wanita kepada teman lelakinya & dirinya sendiri

Sekadar untuk renungan dan utk dikongsi bersama bagi pasangan yang bercinta...




Harapan wanita kepada teman lelakinya....

Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yg membersamai perjalananku nanti...

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak. 

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat. 

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti. 

Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu. 

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu. 

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya karnaNya. 

Aku percaya, kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada. 


Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri....

Selasa, 21 Jun 2011

10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH

“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab2 mereka” (HR. Ibnu Majah)


1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

3.Menghormati Ibubapa,guru, orang tua, jiran & kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.

7.Memiliki akhlak @ moral yang baik.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan / pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.

Ahad, 19 Jun 2011

SeLaMaT HaRi BaPa

Ayah


Pagi ini cahaya mentari memancar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami


Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga


SELAMAT HARI BAPA,
kuucapkan kepada semua insan yg bergelar bapa terutamanya Ahmad bin Abdullah, Terima Kasih Ayah menjaga anakmu ini dari kecil hingga sekarang, ku sentiasa doakn kebahagian sekeluarga.


Little Mike
Jun 2007

Sabtu, 18 Jun 2011

CeMasku MeNjaDi LuCU BerTukaR gEMbiRa.

Burungku menyorok didalam seluar,

tajuk yg aku pilih utuk dikongsi pada pembaca sungguh melucukan..tapi jangan pikir yg xsepatutnya...sentiansan kita berpikiran positif, supaya kita menjadi orang yang bijak berfikir..InsyaAllah.. nak tau kisah seterusnya jomm baca entri aku!!!


ceritaku bermula setelah balik kampog tempoh hari..aku ada angkat sepasang burung serindik dan seekor tortoise yg bersaiz 2in yg dikenali (TUCK) ...utk menghibur aku dikala kesunyian juga mengubat aku pabila kerinduan pada kampog yang terchenta....  hari pertama serindik & Tuck berada di Kuala Lumpur...



cerita pasal serindik...hari pertama aku mula kembali bekerja setelah selama semiggu bercuti di

Khamis, 16 Jun 2011

Pelancaran Perodua Myvi Elegance 1.5 (NEW 2011)

Myvi Elegance 3 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Malam ini merupakan penamat kepada penantian terhadap model kompak generasi terbaharu Perodua Myvi, dilancarkan pada jam 9.00 malam oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putra World Trade Centre (PWTC). Saya masih belum berkesempatan melihat Myvi baru di bilik pameran memandangkan lawatan saya ke ‘showroom’ di Pekan Gurun, Amanjaya dan Taman Sejati Indah petang tadi agak hampa, Perodua Myvi 2011 masih dalam ‘selimut’, bermakna esok baru saya boleh melihatnya.

Walau apa pun, malam ini akan menulis serba sedikit berkenaan salah satu varian Perodua Myvi baru, iaitu Perodua Myvi Elegance, berdasarkan brochure yang ada di tangan. Kesemua model terbaru Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, di mana enjin 1.0 liter telah digugurkan dari senarai. Antara faktor kenapa Perodua tidak lagi menawarkan Myvi 1.0 liter ialah sambutan dan minat yang kurang dari pembeli, terutamanya disebabkan pengurangan kuasa enjin yang ketara berbanding model 1.3, selain tahap penggunaan petrol yang kurang efisien.

Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm.  Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm. Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.

Isnin, 13 Jun 2011

TiduRku Dalam Tangisan



hari ini cuti bagi aku.... penat semalam masih berlega2 dlam badan...dengan meraikan sorakan pasukan The Red Warriors, suara kurang pelahan2... so rehat umah aje la..sambil layan Rodio IKIM.fm
disini aku nk kongsikn cerita yg aku alami sedar xsedar pipiku dibasahi...... sambil mendengr Rodio IKIM.fm..aku terlelap.. sedar x sedar 1.30ptg aku kedengaran laungan azan...syahdu dibuai...beberape minit aku berjalan kelilingin sebuah kampung yg baru aku di diamin...lupa tempat itu..masih ingat kabur2 tempat itu aku pernah pergi tapi entah dimana....sambil meronda2 kelilingin dengan basikal..aku terserempak seorang kakak kawan baikku dikampug... nak kemana? tnyanya dengan suara sejuk, xde kemana kak, jalan pusing kampong..jawabku penuh keyakinan... ok lah..akak balik dulu... ok akak, hati2 jalan, ok, terimakasih. sambil akak menuju pulang ke rumah aku tertanya2 dalam hati, " macam aku pernah kenal kaka itu..tapi siapa? dimana? ermmm...ikut sajalah dia, lalu aku mengekorinya, berada di depan rumahnya yg separuh siap, tiba2...... 

Ahad, 12 Jun 2011

Gelombang Merah Melanda Bukit Jalil..Kecewa!!! tapi ape2 pun TERBAEK!!!


ermmm...semalam aku sungguh penat...bukan pasal keje tapi..entah mybe diri aku sengaja buat2 penat kot...tapi memang betol2 penat....penat sngt2..ape2 pun malam ni aku nk kongsi nga korang semua...mklum la...lame x up to date blog.... sebelom ni..bukan aku hilang menyepi entah kemana...tapi dikongkong kesibukan keje.....huhuhuhu... ni aku nk cite la...perasaan terharu, suka, bangga, sedih, kecewa, geram, pedih, marah, bersyukur dll...semua aku alami...Semalam 11, June 2011, lepas magrib aku dipelawa seorg kawan dari johor...katanya  " piss jom pergi stdium Bukit Jalil.. ada "PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011 TERENGGANU VS KELANTAN"


" bila dengar pelawaan itu...ape lagi aku trus bersiap sedia utk menggegarkan stadium bersama menyatukn semangat The Red Warriors di Bukit Jalil...disini juga aku gembira kerna frist time aku melangkah kesana..sebelom ni just tonton dalam astro aje...bila sampai di Stadium..bersyukur kerna aku selamat sampai....tiba sahaja permulaan bermula.. kiri kanan aku dipenuhi kicauan suara sorakan..lebih separuh stadium gelombang merah melanda..walau tidak sampai separuh stadium penyokong sang penyu..mereka masih bersemangat memberi sorakan....

Tiba gol pertama dimasukan oleh pasukan kelantan Mohd Nurul Azwan Roya (m-79), sorakan semangat The Red Warriors menggegarkan stadium Bukit Jalil..disini juga bulu romaku bersatu melaungkan sorakan semangat tersebut sungguh tersenyum jikalau sorakan para penyokong TRW, menjadikan Kelantan meraih  FA CUP 2011..




tapi sangat sedih kerna pada saat2 genting pemain Kelantan Mohd Daudsu Jamaluddin (gol sendiri m-98) memberi mata percuma kepada pasukan sang penyu,....pada saat terakhir pasukan sang penyu dari Terengganu menamatkan permainan dgn 1 mata dimasukan oleh Ahmad Nordin Alias (m-110..sangat2 kecewa...Rezeki kali ini berpihak pada pihak lawan (Terengganu)... ape2 pun permainan ini sungguh terbaek!!! kedua2 pasukan berjaya menentukan juara.



keseluruhannya dalam permainan kelantan dan terngganu setaraf. yang berbeza adalah semangat pemain dan penyokong. dalam hal ini kelantan banyak kelebihannya. paling ketara penyokong kelantan – fanatik gila………….dah macam penyokong brazil…….. 





kini FA CUP 2011, Dimiliki oleh Skuad Terengganu. (2-0)


Ahad, 5 Jun 2011

Belajar Dari Cicak



Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang  bagi memburu mangsanya? Barulah adil.
Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.
Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!    
Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:
“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.” 

singgah sana dari : genta-rasa.com

Jumaat, 3 Jun 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Doa bulan REJAB.

Rabu, 1 Jun 2011

Doa Untuk Ayah dan Ibu


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Panduan Kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...