SALAM PERJUANGAN

Memaparkan catatan dengan label Isu Berita semassa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Berita semassa. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2011

Pelancaran Perodua Myvi Elegance 1.5 (NEW 2011)

Myvi Elegance 3 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Malam ini merupakan penamat kepada penantian terhadap model kompak generasi terbaharu Perodua Myvi, dilancarkan pada jam 9.00 malam oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putra World Trade Centre (PWTC). Saya masih belum berkesempatan melihat Myvi baru di bilik pameran memandangkan lawatan saya ke ‘showroom’ di Pekan Gurun, Amanjaya dan Taman Sejati Indah petang tadi agak hampa, Perodua Myvi 2011 masih dalam ‘selimut’, bermakna esok baru saya boleh melihatnya.

Walau apa pun, malam ini akan menulis serba sedikit berkenaan salah satu varian Perodua Myvi baru, iaitu Perodua Myvi Elegance, berdasarkan brochure yang ada di tangan. Kesemua model terbaru Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, di mana enjin 1.0 liter telah digugurkan dari senarai. Antara faktor kenapa Perodua tidak lagi menawarkan Myvi 1.0 liter ialah sambutan dan minat yang kurang dari pembeli, terutamanya disebabkan pengurangan kuasa enjin yang ketara berbanding model 1.3, selain tahap penggunaan petrol yang kurang efisien.

Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm.  Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm. Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.

Rabu, 4 Mei 2011

Osama Bin Laden

WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan. Presiden Amerika Syarikat, Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad. – Reuters

>>>>>>>> 

Osama bin Laden, seorang keturunan dari salah sebuah keluarga Arab Saudi terkaya. Dikatakan pada umur mudanya pernah menghabiskan masa di rumah mewah penuh dengan lampu kristal  … namun akhirnya menghabiskan usia tinggal di kem-kem terpencil, di gua-gua pergunungan di Sudan, Afghanistan dan Pakistan. Keberadaannya tiada siapa yang tau .. hidup tersembunyi ..   

Namun akhirnya Osama bin Laden ditemui terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika di bandar Pakistan Abbottabad, sekitar 150 km utara Islamabad.



Mengapakah Osama bin Laden dibenci begitu sekali .. diburu hingga ke titisan darah terakhir oleh Amerika Syarikat?

Osama bin Laden pernah berkata selepas tragedi 11 September 2001:

"… dan untuk mendapatkan kebebasan bagi negara kami. Seperti kalian meremehkan keamanan kita, kita meremehkan keamanan kalian."

“Kami percaya bahawa pencuri yang terbesar di dunia dan para pengganas adalah Amerika”


Osama bin Laden dikatakan telah menghantar pasukan jihad yang terdiri 19 orang anak muda Arab yang kemudiannya telah berjaya merampas pesawat, seterusnya memusnahkan bangunan Word Trade Centre dalam peristiwa 11 September 2001.

Osama bin Laden dikatakan terlibat dalam pengeboman Oktober 2000 kapal pembinasa AS Cole di Yaman yang mengorbankan 17 orang kelasi.

Osama bin Laden dikatakan terlibat dalam pengeboman kedutaan besar Amerika Syarikat di Kenya dan Tanzania yang mengorbankan 224 orang, termasuk 12 orang warga Amerika Syarikat dan mencederakan 15,000 orang pada 7 Ogos 1998.

Osama bin Laden dikatakan telah mengumumkan penubuhan Barisan Islam Antarabangsa untuk Jihad Melawan Yahudi dan Tentera Salib pada 1998.

Osama bin Laden dikatakan pernah bersuara tegas: “Membunuh orang Amerika dan sekutu mereka, baik  awam dan tentera adalah kewajipan setiap individu Muslim yang mampu di negara manapun jika ia mungkin berpeluang”

p/s: Aku tertanya-tanya .. Mengapakah mayat Osama bin Laden disemadikan di laut? Dengan kematian Osama bin Laden, berakhirkah perjuangan Al-Qaeda? Atau sesuatu yang pasti lebih teruk lagi akan berlaku yang akhirnya mengorbankan ribuan nyawa manusia lagi?  Nampaknya dunia semakin panas .. semakin memberontak dan marah

Panduan Kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...