Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yg
zalim, seekor burung pipit berulang-alik drpd sebuah kolam ke
lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dgn membawa air kolam tadi dlm
paruhnya yg kecil.
Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. &
Jibril bertanya kpd sang pipit,
“Adakah air itu mampu utk memadamkan api yg menggila
marak & besar itu? “
Lalu sang pipit menjawab,
“Yg dia tahu bahawa air yg dibawa tidak terpadamkan
api yg ganas itu. Namun, sekurang²nya saya telah menjalankan tanggungjawab
& tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang
kafir.”
Iktibar & pengajaran:
Sebagai seorang insan yg mengaku beragama Islam:
Apakah usaha kita utk menegakkan syiar kebenaran Islam?
Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina & dicerca?
Usaha yg kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik
ertinya drpd usaha yg kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala.
Bagaimanapun, ia lebih baik drpd langsung tidak berbuat apa-apa.
Ada juga insan yg merasa takut utk menegur pemimpin krn beliau
berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yg tidak punyai pangkat atau
jawatan.
Jadilah insan yg benar² berjiwa merdeka. Apa makna merdeka?
Maknanya kita bebas, tidak takut & tidak memperhamba diri kpd
manusia.
Jadilah insan berjiwa merdeka yg tauhidnya jelas iaitu berani
menyatakan sesuatu yg benar tanpa rasa gementar dgn ancaman & ugutan
manusia.
Niat kita mesti betul dlm perjuangan, niat kita wajib
diperbetulkan.
Kita berjuang krn Allah.
ALLAHU AKHBAR!!!
salam..ana minta utk berkongsi ilmu ini dgn sahabat2 ana..terima kasih
BalasPadam