Salman Al-Farisi |
Sangat2 menyentuh Hati==~
Pada suatu ketika Salman al Farisi jatuh cinta terhadap seorang gadis Ansar. Beliau mengajak sahabatnya Abu Darda’ pergi ke rumah gadis itu untuk bertemu dengan ayah dan ibunya.
“Ini adalah saudara saya Salman yang berasal dari
Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam. Salman memiliki kedudukan yang
utama di sisi Rasulullah, sehingga baginda menyebut sebagai ahli keluarganya.
Saya mewakili saudara saya ini bagi melamar anak gadis tuan untuk menjadi
isterinya,” kata Abu Barda’.
Setelah berbincang dengan ahli keluarganya maka tuan
rumah pun berkata. “Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang dengan
mengharap keredaan Allah. Kami menolak lamaran Salman tetapi kami bersetuju
jika tuan iaitu Abu Darda’ yang melamarnya.”
Tanpa rasa marah atau kecewa maka Salman al Farisi pun
berkata. “Semua wang yang aku kumpulkan untuk perkahwinanku akan aku hadiahkan
kepadamu Abu Darda’ dan aku akan menjadi saksi pernikahanmu.”
Mulianya hati Salman al Farisi. Beliau mengajar kita
arti sebuah cinta dan persahabatan. Beliau juga mengajar bahawa cinta itu bukan
untuk dimiliki…
Your Blog Post is too informative for me to keep sharing that information but If anyone Listen Islamic Videos these videos give you more information the best one is Abu Barda(R.A) Ka Apni Bv se Jghra Phr Kya hua So Must Hit Like and Subscribe.
BalasPadamThanks
Regards:
Islamic Knowledge