SALAM PERJUANGAN

Selasa, 19 Julai 2011

"Lelaki Dayus "


                                     "Lelaki dayus "by : Ustaz Azhar Idrus ( Original )


                        بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



                           ••• Bab Lelaki Dayus •••


              ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة
                 العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث
                          رواه أحمد والنسائي


Ertinya :-
Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS”
( Riwayat Ahmad & An-Nasaie)


........................................................................................

• Lelaki Menjadi DAYUS Pabila •

1 • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2 •
Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3 •
Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4 •
Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5 •
Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6 •
Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7 •
Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8 •
Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9 •
Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10 •
Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11 •
Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12 •
Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13 •
Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14 •
Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
........................................................................................

Mungkin kita akan berkata dalam hati,
"Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..
Jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Jumaat, 15 Julai 2011

Spirit Of Jihad

Hai mujahid muda
maju kehadapan
sibakkan penghalang
satukan tujuan
kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan

Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka

Majulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkirkan batas satukan kata
Kebangkitan Islam telah datang

Kaum muslimin, semoga Allah membimbing kita di atas jalan-Nya yang lurus. Di hari-hari ini kita bisa melihat dengan mata kepala kita, bagaimana sejarah perjuangan umat Islam kembali dinodai oleh ulah oknum-oknum tidak bertanggung jawab yang mengatasnamakan Islam dan jihad. Dengan seenaknya mereka melakukan tindak pengeboman, penghancuran, serta berupaya untuk mengacaukan ketentraman negeri kaum muslimin dengan kedok jihad dan ijtihad. Padahal Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari apa yang mereka lakukan.

Berjihadlah!

Rabu, 13 Julai 2011

HaDirNya KeSeDiHaN


HaDirNya KeSeDiHaN

Kesedihan!
Engkau datang tanpa diundang..
Pergimu menjelang tanpa ungkapan salam..
Engkau menertap masuk tanpa dijemput…
Hinggapmu lekat diberbagai sudut..
Dengan wajahmu yg basah kuyup..
Dengan lidah yang menempah gundah..
Dengan cara yang membawa lara..
Dengan bahasa yang menjelma duka..
Bagimu rupa yang bermacam warna..
Ada hitam ada juga putih..
Hingga aku lupa bezakan namamu..

Kesedihan!
Pada awal mengenalmu,..aku sungguh terkedu..
Menatap wajahmu nan suram..seakan2 hidup menjadi kelam..
Aku terdiam dan terbungkam…
Siang bagaikan malam..
Malam tanpa cahaya..
Cahaya bagaikan kelam..
Kau cuba hentam rasa takut dan kalut..
Sehinggah nafas menjadi semput dan susut..
Lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup…
Dari aku yang dalam kegembiraan..

Kesedihan!
Tika ini, telah lama aku mengenalimu..
Apa tidak, sering kau lalu dan bertemu..
Entah berapa kian kali kau datang ke sini..
Entah berapa waktu ku kau ganggui..
Entah berapa medan yang kau tentang..
Entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang..
Datang dan pulangmu sama sahaja..
Hadir dan pergi bagai angin..

Kesedihan!
Sejak dulu apa yang ku tahu..
Tentang dirimu yang selalu diburu..
Setiap kali kulihat rupa sayumu..
Acap kali ku panggil syahdu nama Tuhanku..
Setiap kali kudengari telapak kakimu bergerak..
Ku seru Tuhanku dengan sebak..
Setiap kali kurasa kau mula melangkah..
Jiwaku pasrah pada Allah kuberserah..

Kesedihan…
Ku tahu..
Kau kan terus datang.. Sukar dihalang..
Kau kan terus bertemu …sukar dijemu..
Kau kan terus bersama… sukar dilupakan..
Kau kan terus mengalir... sukar menahan sebak..

Namun..
Pabila kita berjumpa..
Kau kan hambat dengn air mata munajat..
Kau kan ku lontar dengan esakat istiqfar…
Kau kan ku siaga dengan tangisan doa…
Kau kan ku gempur dengan rasa syukur…

Kesedihan..
Hadirlah jika itu yang kau mahu..
Pada insan yang kau tahu..
Siapakan ia kalau bukan aku…
Moga jelmamu selalu membangunkan pilu dimalam syahdu..
Utuk kumembasahi pipi dengan meratapi :
“Ya Rabbi!!! Kasihanilah HambaMu ini!!!”
Aku ingin mencari ketenangan abadi dariMU. 

P/S :  bersedihlah kita sebelom kita menangis..kerna takutkan ALLAH,air mata yang menangis itu akan memadam api neraka dihari nanti.
 Ubahan karya dari :DR.Mohd Asri Zainul Abidin

Selasa, 12 Julai 2011

Balasan Meniggalkan Solat Fardu





Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:


"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda: 

"Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya."


Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:

1. Fardhu Isyak
Allah tidak redha ia hidup di bumiNya dan menggesa ia mencari 
bumi yang lain.

2. Fardhu Asar
Seperti dosa membunuh seribu (1,000) orang Islam.

3. Fardhu Zuhur
Seperti dosa meruntuhkan Kaabah.

4. Fardhu Maghrib
Seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

5. Fardhu Subuh
Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.

Ahad, 10 Julai 2011

Memakai Cincin Mengikut Sunnah


Memakai Cincin Mengikut Sunnah


Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali Sesudah bernikah dengan anakanda kesayangannya ( Siti Fatimah ), Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin

pakailah di jari :
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW dapatlah kita pahala.

sampaikanlah walau satu ayat...

Rabu, 6 Julai 2011

TenTanG KamO :-)



Luahan kamo pada ku..
diawal perkenalan kita di ketika dahulu..
dizaman persekolahan...pada abab 2002..9thun kian bersemi..
suasana senja melindungin kenangan..memory clasic xpernah kulupakan...
sungguh..mencuit hati.. tergelak kecil2..
bila dimana mengenal coretan-coretan yg berlalu..
sejak tahun lamanya menjadi debuan rindu....
cinta moyet katakan..
tapi aku dan kamo xpernah bercinta..
dulu aku xtahu erti cinta...kini aku mula mencari cinta yg sebenarnya..
Cintaku padaMu Ya Allah..kernaMu aku cintakan dia..

Luahan kamo utkku lagi..

Ahad, 3 Julai 2011

JaTuh ChenTa di KeDai UmmY :-D


Setiap t/hari..
waktu jam pukul 1.00, time rehat aku di opiss... 
Ummy dikenali sebagai ibu angkatku di sebuah kedai berdekatan dgn tempat kerja.... 
time rehat bermula...
aku segera siapkn tugasan utk mengenyangkan laparku,
melegakan hausku.itu lah sesebuah kedai membesarkan diriku selama disitu..
entah bila aku bertahan..
semoga sentiansa dalam kebaikan dimurahkan rezeki dan cerio sokmo... 
disini aku nk kongsikan serba sedikit tentang diriku diwaktu itu... 
dari awal aku bekerja takut untuk kesitu kesini..
bila lame menetap disebuah bilik kecil yg di alas 3 biji kmputer juga diselit pelbagai2 fail...
dan dihiasi bermacam2 warna kehidupan..ia adalah my office,.. 
t/jwb mula bertambah...risiko akan melanda..
hanya diriku yg sedar xsedar menahan waktu yg pergi tanpa diketahui....
diriku makin berani utuk mengerti erti kehidupan dialam pekerjaan...
kedai Ummylah penawar kegembiraanku dikala kesedihan...
penghiburku diwaktu sepi...
pengobat diriku pabila kerinduan Ummy (ibu kandungku) dikampung juga family2 tercinta...

Jumaat, 1 Julai 2011

TemanKu 4


Assalamualaiku w.b.t.


Alhamdulillah..
teman ke-4 akan dihantar ke kampg,
teman ke-3 bakal mengganti nanti.
InsyaAllah moga dimurahkan rezeki
teman ke-2 akan dimiliki sebelum teman per-1 bersatu dihati.
Semoga Allah s.w.t. kekalkan dan
selamatkan kami dunia akhirat :)

Luahan kata2ku di wall facebook beberapa hari yang berlalu.... kini menjadi tanda tanya pada sesiapa yang membacanya..lagi-lagi sidia....

Kisahku bermula pada hari yang cerah..
suasana yang harmoni...
pelbagai warna ku mainkan..
menconteng ditempat kerja...

Isnin, 27 Jun 2011

Cara-cara yang benar untuk melamar..



Untuk lelaki yang melamar calon isteri:
Cara pertama lagi yang terbaik ialah lelaki melamar melalui wali – yakni ayah– calon isterinya. Lelaki akan menemui wali secara berhadapan (face to face) lalu meminta izin dan keredhaan beliau untuk menjadikan anak perempuannya sebagai isteri. Cara ini ditunjukkan oleh Rasulullah apabila baginda inginmenikahi A’isyah binti Abu Bakar. Rasulullah pergi menemui ayahnya – Abu Bakar as-Shiddiq – lalu menyatakan hajatnya untuk menikahi puteri beliau – A’isyah. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 4691.
Cara kedua, lelaki menggunakan orang tengah untuk melamar terus kepada calon isterinya. Cara kedua ini sesuai jika wanita tersebut sudah dewasa atau janda berbanding cara pertama yang sesuai untuk wanita muda atau masihdara. Cara kedua ini ditunjukkan oleh Rasulullah apabila baginda inginmenikahi Umm Salamah. Baginda mengutuskan Hathib bin Abi Balta’ah untuk melamar Umm Salamah yang ketika itu baru kematian suaminya. [Shahih Muslim, no: 1525]
Untuk wanita yang melamar calon lelaki:

Ahad, 26 Jun 2011

10 Sifat CaloN Suami YanG Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1.      Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan


2.      Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3.      Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4.      Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5.      Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6.      Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7.      Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8.      Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9.      Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10.  Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Sumber: Maizatul Akma




p/s : InsyaAllah..aku doakn utk diri aku juga bakal calon suami semoga kita terpilih dalam sifat2 yg baik seperti diatas InsyaAllah

Sabtu, 25 Jun 2011

Isteri Calon Neraka



-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.




Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa.



Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “


Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah




Khamis, 23 Jun 2011

Harapan wanita kepada teman lelakinya & dirinya sendiri

Sekadar untuk renungan dan utk dikongsi bersama bagi pasangan yang bercinta...




Harapan wanita kepada teman lelakinya....

Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yg membersamai perjalananku nanti...

Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak. 

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan masalah ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat. 

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti. 

Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu. 

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu. 

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya karnaNya. 

Aku percaya, kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada. 


Dan harapan wanita kepada dirinya sendiri....

Panduan Kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...