Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda:” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti
dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia
membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah
Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai
dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita
inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang
kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.
Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak
semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau
sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali
ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara
harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya
jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu
menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT
iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan