Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:
1.Melakukan
Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah
dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam
melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan
kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat
kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah
tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu
sesuai dengan apa yang diniatkannya.
2.Menentukan Jadual Pertemuan
(ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan
yang diatur oleh murabbi masing2 pihak
3.Gali pertanyaan
sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing ,
lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi,
penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap
ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak
mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair.
Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi,
suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor,
santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya,
jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan
mengalir.
4.Menentukan waktu
ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan
sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi
dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan
ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.. Namun
ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan
untuk membezakan dengan orang yang bercouple.
5.Keluarga pihak
lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua
pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang
ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk
menghindari terjadinya fitnah.
6.Menentukan Waktu
Khitbah
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan
sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan
keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan waktu untuk
mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara
ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan
fitnah.
7.Tentukan waktu dan
tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi
hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik.
Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana,
mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin
wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan