SALAM PERJUANGAN
Sabtu, 31 Mac 2012
Ibu Kau Disayangin Kerana Menyayangi
~✿..KETIKA BERUSIA SETAHUN
IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.
~✿..APABILA BERUSIA 2 TAHUN
IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.
~✿..MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN
IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.
~✿..KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.
~✿..BERUSIA 5 TAHUN
IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.
~✿..SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"
~✿..APABILA BERUSIA 7 TAHUN
IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.
~✿..MENJELANG USIA 8 TAHUN
IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.
~✿..KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.
~✿..BERUSIA 10 TAHUN
IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.
~✿..APABILA BERUSIA 12 TAHUN
IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.
~✿..MENJELANG USIA 13 TAHUN
IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.
~✿..KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.
~✿..BERUSIA 15 TAHUN
IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.
~✿.. MENJELANG USIA 18 TAHUN
IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA TIDAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.
~✿..KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.
~✿..BERUSIA 20 TAHUN
IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."
~✿..SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."
~✿..APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH IBUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"
~✿..MENJELANG USIA 24 TAHUN
IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH?."
~✿..KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.
~✿..PADA USIA 30 TAHUN
IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."
~✿..KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."
~✿..APABILA BERUSIA 50 TAHUN
IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.
~✿..DAN KEMUDIAN SUATI HARI
KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.
~✿..JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG .......♥(❤◕‿◕❤)
Rabu, 28 Mac 2012
SenYuMaN uTuK KaMo SeMUA
Setiap
ketika, aku p’lahan-lahan belajar untuk menjadi seorang insan yang baek....
tapi
belom dapat mnjadi yang terbaek...
Alhmdulillah..aku
dihadirkan kawan2 yg baek...
kini
aku xakan putus asa utk mnjadi yang lebih baek...
kucoba
untuk mengembirakan mereka2 yang berada d’samping aku..
supaya
mereka2 itu berasa selesa,
setiap
kali aku muncul dalam hidup2 nya…
kerna,
k’munculan aku dalam kehidupan mereka2 itu…
kadang2,
tanpa pengetahuan mereka…
bukan
setiap waktu aku mampu untuk b’sama dengan mereka2 itu..
bila
waktu sudah tiba, mereka2 itu pasti bakal meninggalkan aku…
masing2,
meneruskan kehidupan masing2…
ada
yang memilih untuk perjalanan yang panjang…
dan,
ada juga yang memilih untuk perjalanan yang pendek..
ada
yang memilih jalan ke kiri…
ada yang memilih jalan ke kanan…
dan ada juga, memilih jalan yang tengah…
selagi
aku ada waktu, untuk aku b’sama dengan mereka2 itu…
selagi
itulah, aku akan cuba untuk menghargainya…
dan
cuba untuk mengembirakan mereka2 itu, selagi aku t’mampu…
hiasilah
hari2 dalam kehidupan kita, dengan kenangan2 yang t’indah..
agar,
bila kita duduk b’sendirian d’kala umor semakin senja…
kita
mampu t’senyum…
tak
kisahlah, walaupun waktu itu…
kita
sudah tiada gigi lagi…
tapi,
kita tetap mampu t’senyum…
t’senyum
hingga t’nampak gusi…
Isnin, 19 Mac 2012
Kenali tokoh ini
Sheikh Jibril
Beliau adalah
Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan
nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada
"keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua
mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan
kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara
bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh
Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.
Siapakah beliau?
Syeikh Ali Goma'a
Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan
penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi
dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik
menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al
Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah,
iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan
Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan
peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau
sila lawati AliGomaa.net.
Sabtu, 17 Mac 2012
Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda:” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti
dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia
membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah
Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai
dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita
inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang
kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.
Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak
semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau
sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali
ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara
harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya
jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu
menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT
iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Khamis, 15 Mac 2012
15 Mac 2012 GeNAP uMORkU
Syukran Ya Allah ( Terima kasih Allah)
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bismillahir Rahmaanir Rahiim…
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang”Alhamdulillah.. syukur kepada Allah S.W.T.. kerna dengan rahmat dan nikmat NYA.. aku lahir ke dunia.. lahir dengan sempurna sifatnya.. dapat melihat bulan dan bintang.. bisa t’senyum.. dan ketawa..
sampai ke saat ini, aku mampu untuk b’nafas.. mampu untuk b’jalan.. mampu untuk b’kata kata.. mampu untuk melihat.. mampu untuk menghidu.. mampu untuk merasa.. dan mampu untuk m’dengar..
hari ini, genap 20 tahun, tamabh 7 tahun aku lepasan SPM, tolak 3 thaun aku Graduan, tambah 2 tahun aku sudah bekerja dan tolak 2 tahun aku menegal alam kerjahidup.. hidup d’kelilingi manusia2 yang tahu erti kehidupan.. kadang2, t’senyum.. kadang2, b’sedih.. kadang2, ketawa.. dan kadang2, menangis..
hujan ataupun panas.. setiap masa, manusia2 itu senantiasa b’sama dengan aku.. silih b’ganti memenuhi ruangan2 kosong yang sering kali wujud dalam bulatan kehidupan aku..
kini, aku mula mencari kehidupan sendiri.. mula belajar untuk berdikari.. cuba untuk membuat keputusan dalam setiap p’masalahan yang aku hadapi.. dan mulai b’sifat matang dalam setiap p’tuturan yang aku ucapkan..
pelbagai lukisan wajah2, telah aku lakarkan.. warna2 itu, kelihatan amat chantek.. kadang2, setiap kali aku memandangnya.. ianya bisa membuatkan aku, t’senyum sehingga t’nampak gigi dan gusi..
terima kasih, aku ucapkan.. kepada kamo2 yang sudi menerima aku.. dan menjadikan aku, sebahagian dalam kehidupan kamo.. walaupun ruangan itu kelihatan kecil, tetapi aku tetap berasa selesa berada d’situ..
"setiap saat, umor kita semakin meningkat.. tanggungjawab pom, mula b'tambah.. kadang2, kita tak mampu unutk menampung beban2 itu.. yang penting, cubalah yang t’baek.. yang t’baek untuk diri kita.. agar kita bisa t’senyum..dan bisa membuat orang tua kita turut tersenyum....TERIMAKASIH UMMY & ABI:)
Isnin, 5 Mac 2012
Gema SeruLing Senja
Ketika gerimis turun mencurah
ku tuliskan sebuah puisi
ku sisipkan senyuman rindu
yang tiada retak membungai bicara syahdu
akukah si Perawan Desa..
pada setiap tidurku ..
berwajahkan hanya dikau
mempimpin tangan... meniti pelangi senja
kita melihat langit berlampukan bulan
dan kerlipan bintang bersemarak di jiwa
kemudian...
aku berlari di padang yang luas
lalu duduk menghirup udara di tasik
ingin membebaskan resah di angin senja
kau mula meniup seruling bambu
embun pun menetas di hujung mataku
bergayut di kelopak mawar
yang ada dalam genggaman tangan
ku letakkan setangkai mawar di depan mu
" Simpanlah ia... yang akan menyegarkan
setiap kenangan kita..."
dan seruling mu terus bergema disetiap senja..
sue marie - hanya seorang perawan desa
Langgan:
Catatan (Atom)