SALAM PERJUANGAN

Sabtu, 23 April 2011

Lagak Si ibu Memberi Makan Pada Anaknya

Rakaman yang amat chantek lagi menarik semasa seekor ibu burung memberi makan pada anak-anak mereka.
Pepatah kuno mengatakan, bangun pagilah jika tak ingin rezekimu dipatuk ayam.
Pabila aku menghayat  falsafah tersebut alangkah baiknya kita belajar dari Burung. 
Kenapa?
Kerna segala sesuatu yang terjadi di dunia ini bukan semata-mata datang dengan mudah.
Semua hal yang kita raih adalah sebuah usaha dan perjuangan.
Semua adalah dgn kerja kuat untuk mendapatkan apa yang diinginkannya. 
Seperti burung, mereka tidak serta merta hanya terbang keliling angkasa.
Mereka bekerja kuat untuk menyelamatkan dirinya juga keluarganay utuk generasi yg akan datang.
MasyaAllah sungguh menakjubkan lagi mncuit hati aku...melihat lagak burung ini....kerna aksi2 ini membuka pandangan aku melihat tabiat makhluk Allah S.W.T yang sangat sayang akan anak2 mereka.

Berikut adalah sebuah penelitian terhadap aktivitas kehidupan burung- burung:
1. Burung Murai
Bangun pukul 02.30 pagi. 
Lantas mencari makanan hingga pukul 21.30 (total  19 jam).
Ia ulang-alik ke sarang sekitar 200 kali sehari demi memberi makan kepada anak-anaknya.

2.Burung Tikus
Bangun pukul 03.00 pagi.
Mereka bekerja hingga pukul 21.00 (total 18 jam).  
Bahkan, burung tikus mampu mengumpulkan 400 ekor ulat sehari.

3.Burung Hitam
Bangun pukul 04.00 pagi.
Bekerjanya hingga pukul 21.00 (total 17 jam).
Berulang-alik ke sarang 100 kali sehari untuk memberi makan anak- anaknya.

Kini, coba kita tengok berapa jam waktu kita bekerja.
‘Hanya’ lapan jam, itupun  lima hari dalam seminggu.
Dengan paparan di atas,
pantaskah kita mengeluh untuk sesuatu yang kita dapatkan?
Rasanya tidak!
Seharusnya, rasa syukur yang wajib terlontar dari benak kita.
Belajarlah dari semangat dan unikan dari burung- burung.
P/S : Hidup adalah kumpulan dari setiap pilihan yang kita buat.
Pilihan kita hari ini menentukan bagaimana hidup kita di masa depan.
Kita memiliki kebebasan memilih tetapi setelah itu kita akan dikendalikan oleh pilihan kita,
jadi berpikirlah sebelum berbuat, sadari setiap konsekuensi dari pilihan yang kita buat.
"aku pencinta haiwan"

Jumaat, 22 April 2011

Mesej dari Cikgu:)

ASsalamualaikum…..

sekadar contoh :)
Hari ini aku dapat, Mesej dari cikgu, ..tersenyum aku hingga ke tinge sampai nampak gusi... emmmm … nasib baek gigi gosok guna colgate kayu sugi ..hihihihi….. bila baca mesej dari cg,  berulang kali xjemu2.. malah makin bersemangat aku mnjadi seorang student walaupun bergelar graduan….
Kisah aku bermula diketika suatu hari..aku ditempat kerja dalam bilik yg kecil dgn hembusan air-corn 12 °©..wahh sejuk tuhhh…membeku aku dipeluknya….suasana pada awal pagi, pukul 9.00am, hujan renyai2 turun pelahan..makin kaku aku dibuatnyer… sambil  aku siapkn  keje-keje yg tertangguh degn terketar2..makin lama makin mengigil..erererererererergggg (seprti berada dalam peti ais).

Suasana sebeginilah..membuat aku terharu, terkenag, makin mengimbau lukisan kenangna yg pernah aku coretkan diketika dahulu… terasa amat2 rindu sangat pada kenangan yg berlalu..tapi apakah daya..kenangan yg lalu hanya aku jadikan simpana bank untuk luahan kembali..aku xakan lupakannya…dan  aku akan jadikah kenagan itu satu landscape kehidupanku… 

Pada suasana sejuk2 dgn embun pagi ini..aku tetiba terkenag dimasa SMKJ03. Dimana aku di asrama, selalu aku ke Blok guru..lepas habis klass pagi…lepak nga kawan2 sambil panjak pokok rambutan depan rumah cg.ju….. emm bnyk sngt la kenangan time tu..pnjag lak nk citer… aku smbug laen kali la...
 
Bila aku teringat akan subject Math… rindu pula rasenyer pada rotan berkepala ular, senantiansa bermain ditapak tangan ku, sampai melakarkn lukisan yg chantek utuk membuktikan aku adalah anak murid cg.ju yg akan Berjaya disuatu hari nanti..InsyaAllah… 

Tiba2 aku teringat akan cikgu.Juzaidi Mohammad yg dipanggil Cg.Ju (ayah angkat PMR03)…terlintas dihati ingin bertanya khabar…lalu aku terus mengambil n’set yg xseberapa mahal… bukan xnk call, tapi aku tahu….waktu itu cg sibuk dgn mengajar…so, aku ambil keptusan sms… lalu aku terus bermesej… 

Aku sms : salam cg, ape kabar, sihat ko loni… 

Cg.Ju reply : wassalam Alhamdulillah cg sihat, kamal mcmner dgn keje ok?...

Aku sms :  Alahamdulillah..semoga cg dan keluarga sehat sokmo..dan ceria selalu. Sy setakat ni keje ok lagi cg.. biasa la dah kijo..bnyak masa berjadual..

Cg.Ju reply: bila nak mari jale rumah…

Aku sms : InsyaAllah cg, cuti nanti klu xde halangan sy pegi rmah cg.

(bila mesej ini aku terima dengan kata2 “bila nak mari jale rumah” rayuan cg pada aku…rasa macam bersalah, sngt2 bersalah..dari 2003 selepas pertukaran Cg.Ju dari SMKJ, JELI ke SMK.BUKIT JAWA ,P.PUTEH.KELANTAN..sehingga sekarang 2011 aku xberjumpa hnya berhubung melalui NOKIA 3315 je.., aku impikan ingin berjumpa juga berjaln ke rmahnya dan nk mengucap “TERIMA KASEH CIKGU KERNA SUDI AJAR SAYA”....walau aku xjumpa selama 8thun, tapi aku bersyukur padaMU YA ALLAH, kerna masih bagi aku ingatan akan jasa2 mereka yg pernah mengajarku erti kehidupan.

Beberapa minggu selepas itu.. aku bermesej kembali, kepada sesiapa sahaja yang aku terasa rindu, terutama family, sahabt2 sekalian. Kini aku mula bermesej dgn Cg.Ju lagi…

Aku sms : Assalamualaikum cg… Apo khbar loni ..sihat ke? Dgn cuaco xberapa menentu ni… saya harap cg n keluarga sehat sokmo. Makin tua makin hensem plok cg kito nihh..InsyaAllah dipanjangkn umor saya g jale rmah cg... ( kata pujian aku lontarkan pada ayah angkatku Cg.Juzaidi ).

Cg.Ju reply : wassalam… guano kuat pong tu..nak ngele brapo?.. Alhamdulillah cg sihat.

Aku sms : Alhamdulillah..bgus cg. Sehat sokmoJ, buke pong cg, tapi hok sngoti.. kenyatan lagi. (Hehehe..gelak kecil aku dalam hati, sambil tersenyum)

(balasku dgn segar dihati bila membaca ayat “ guano kuat pong tu..nak ngele brapo?” bila ayat ini aku terbaca…mmg tersentuh hati aku..juga tersenyum lebar aku sorang dalam opiss dgn mengadap computer....kadang2 tergelak2..hahahahaha...sorang2 diri.... nasib baek la..aku punyer boss xde datang keje ari ni..huhuhu.. itu lah mesej dari cg, mesej itu akan kusimpan dalm n’set aku dan aku xkan lupa jasa beliau, menghibur juga memberi semangt walau aku bukan lagi anak muridnya, dialah motivator aku..  juga ayah angkatku, selain keluarga ku, Cg.Ju juga byak bagi sokongan juga pandanga dalam aku mengejar erti kehidupan, terima kaseh cikgu.

cg.Juzaidi SMKJ03
P/S : Untuk kawan2 yg masih belajar juga utk diri ini…hargailah guru2 anda…lecture mahaupun cikgu…xkira sesiapa sahaja dengan tunjuk ajar satu huruf pun dikira guru, “Saidina Ali Abi Talib pernah berkata," Siapa pernah mengajar aku satu huruf, maka jadilah aku hamba kepadanya." Bayangkan Saidina Ali yang terkenal dengan alim dan berilmu itu memberi penghormatan dan menganggap orang yang mengajar satu huruf adalah guru dan rela menjadi hamba untuk berkhidmat kepada guru tersebut.”  

Kerna dengan ilmu yg diajar itu adalah pusaka kita dikala kita Berjaya kelak,….anggaplah guru2 anda sebagai ibu juga bapa mahupun sahabat. Cukupkan sekadar ucapan terima kasih dan sedikit hadiah? Tidak..bukan itu yang guru harapkan. Cara yang terbaik untuk menghargai guru ialah mendoakan guru tersebut. 

 “ Ya Allah Ya Tuhankami
 ampunkanlah dosakami
dosa kedua ibubapakami dan 
dosa guru-gurukami
sama ada yang masih hidup 
atau yang telah mati
dengan rahman serta rahimMu 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan
Hiasilah kami dengan sifat penyantun dan 
baguskanlah kami dengan kesihatan.
Amin ya rabb.. 

InsyaAllah semoga kita menjadi Insan yg Berjaya.

Khamis, 21 April 2011

Al-Kursi Penghulu Segala ayat:)

Mengucup Al-QURAN

Assalammualaikum....

Mari kita kongsikan bersama kelebihan ayat Al-Kursi menurut hadis....
Mari kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari...

Hikmah Ayat Al-Kursi Menurut Hadis

1. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah sehingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk ke dalam syurga, dan barang siapa yang membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya,

4. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardu, Allah SWT akan menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

5. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya –mereka semua memohon dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah Bin Ámr r.a , Rasulullah S.A.W bersanda,
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...."

Semoga kita semua hidupkan amalan sunnah Baginda.
"Kenalilah Allah Disaat Lapang, Niscaya Allah Akan Mengenalimu Disaat Sempit"
(HR.at Tirmidzi ).

Rabu, 20 April 2011

DaTaNGLaH PaDa Ku


Pejamkanlah mata itu, ketat2 dan rapat2.. dan cubalah, untuk terbang ke zaman2 itu.. zaman kanak2.. zaman remaja… juga zaman dewasa yg xlame lagi aku akan bermula...d'mana, kita mula belajar tentang kehidupan.. bila terasa, kanan dan kiri d'himpit.. undur lah, laju2 ke belakang...jgan sampai terjatuh, jgan sampai tersunggkur..walau terjatuh..bgunkan semula..jangan pula tertidur....

w'pun kita sudah ada khidupan baru.. tapi, khidupan yang lama itu.. t'amat sukar bagi kita, untuk kita m'lupakannya...

sudah jauh kita b'jalan.. tapi, jangan pernah t'lupa untuk menoleh kembali ke arah belakang.. kerna d'situ, kita b'mula... dari bawah, kita mula m'rangkak.. kita mula b'tatih.. dan plahan-lahan kita mulai b'jalan...

kehidupan ini, mbuatkan diri kita terasa serba salah.. serba salah dengan setiap pbuatan yang kita lakukan.. kebiasaannya, orang2 yang berada d’sekiling kita itu.. senantiasa memandang dan menjeling ke arah kita.. tapi, setiap penilaian yang bakal orang2 itu buat nanti.. biasanya, kurang tepat…

kadang2, kita perlu jugak tutup tinge rapat2.. dari mendengar kata2 orang2 d'samping kita.. apa2 yang kita ghase beak.. dan selesa untuk kita.. kita teruskan lah.. kerna, khidupan kita ini.. kita yang tentukan.. hiduplah dengan cara yang kita suke.. apa yang penting, setiap perkara yang kita buat itu.. betul…dgn menggunkan kata hati..

pabila kita ghase resah, sedih dan putus asa.. pejamkanlah mata rapat2.. dan bayangkanlah, kedua ibubapa kita.. kita pasti, perolehi semangat itu kembali…

w'pun d'permulaan cerita2 itu, sering kali kita d'hiasi dengan ksedihan.. itu tidak b'makna, kita bakal menanges sepanjang cerita itu b’langsung.. mungkin, d'akhirnya.. kita bakal t'senyum.. dan terus t'senyum.. hiduplah untuk memberi.. dan bukannya, untuk menerima.. dan, hadapilah ia.. dengan jiwa2 yang tenang…

bila kita ada masalah...hadapilah ia dgn tabah..jangan larikan diri dari masalah, tapi, kalu tak mampu untuk hadapi masalah2 itu.. kita patut larikan diri.. m’larikan diri itu, bukan b'maksud kita pengecut.. tapi, lebih kepada untuk mencari jawapan d'sebalik itu.. nanti, bila kita sudah mengerti.. insya'allah.. kita akan b’jaya menyelesaikan masalah2 itu dengan senyuman. Hidup kita bukan mncipta masalah tapi menyelesaikan masalah.namun masalah tetap bedepan dengan kita sebagai insan yg bernama manusia walau tidak dicari..datangnya dengan tiba2..pulangnya dengan penyelesaian.

kita perlu melihat kehidupan orang lain.. barulah, kita akan merasa puas dengan khidupan kita...bukan kerana utk berbanding tapi kerana utuk bersyukur dgn aper yg kita ada.

aku lebih suka untuk memilih p’jalanan hidup yang pendek, tapi lebar.. daripada memilih p’jalanan yang panjang, tapi sempit…hakikatnya xkira..pendek ke, pnjang ke... same2 kita renungi hadis ini : 
"Kenalilah Allah Disaat Lapang, Niscaya Allah Akan Mengenalimu Disaat Sempit"
(HR.at Tirmidzi ).

Isnin, 18 April 2011

ZikiRullah, Mengingati Allah:)


Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "INGAT".

Sebut itu baik pada mulut ataupun dalam hati.

Ingat itu ialah di dalam hati atau di dalam minda tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan.

Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah.

Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri kita.

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari-Ku." Al-Baqarah 152

"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." Al-Ahzab 41-42

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." Surah An-Nisa' 103

Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda',"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal lehermu?"
Para Sahabat menjawab,"Khabarkan kepada kami."
Rasulullah S.A.W. pun bersabda,"zikir kepada Allah".


Menurut Imam Ibnu Qayyim. 
" Sesungguhnya zikir adalah mknan hati & roh, apbila hamba Allah kering dalam siraman zkir, maka jadikanlh bagai tubuh yg terhalng daripada memperolehi makanan.

Faedah zikirullah,
dapat mengusir juga menundukkn syaitan. Sehingga Allah SWT mghilagkn kesukaran dan kesedihan dlm hati. Allah memberi keutamaan bagi org yg berzikir dgn cahaya yg bersinar dari wajahnya, serta mmberi pakaian kemuliaan dan sentiansa bertaubat dan bertawakkal kpdNYA. InsyaAllah senoga mulut kita senang sentiansa dibasahi ZIKIRULLAH.

Ahad, 17 April 2011

Lelaki & Wanita Istimewa di sisi Allah swt.

Lelaki & Wanita Istimewa di sisi Allah swt.
LELAKI :
1) Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

2) Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

YA ALLAH BERATNYA....

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

YA ALLAH BERATNYA....

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

1) Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

2) Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

3) Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

4) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..

5) Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Dan kepada para wanita, jika anda merupakan seorang isteri dan amat menyayangi suami anda, maka taatlah kepadanya selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah. Jika anda seorang anak gadis dan amat menyayangi bapa anda, maka taatlah kepadanya selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah. Begitu jugalah jika anda seorang adik perempuan yang dijaga oleh abang anda dan anda amat menyayangi abang anda, maka taatlah dia selagi mana ianya tidak melanggari syariat Allah...wallahua'lam.

Khamis, 14 April 2011

Kewajipan Mengingati Allah, Bersyukur, Bertasbih, Bertakbir dan MemujiNya

 
Mengingati Allah selalu akan menghilangkan rasa cemas, ragu-ragu dan tidak percaya diri. Mengingati Allah dapat melindungi hati dari kesesatan. Mengingati Allah merupakan ubat yang mujarab, makanan yang diberkati, ubat yang bermanfaat dan makanan yang baik.

Dengan mengingati Allah bererti mengesakanNya dari sekutu-sekutuNya, menjadikan orang-orang yang ditimpa musibah menjadi sabar, dan menyejukkan hati mereka yang gundah gulana. Mengingati Allah dapat memberikan ketenteraman pada saat-saat yang menggoncangkan dan pada saat-saat terjadinya fitnah. 

Allah telah Menyuruh ummah-Nya agar selalu mengingati-Nya dan bersyukur kepada-Nya. Allah subhanahu wa ta`ala telah mengkhabarkan segala makhluk telah bertasbih kepada-Nya dan mereka semua tunduk patuh kepada-Nya. Allah subhanahu wa ta`ala berfirman:

"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
(surah al-Israa', ayat 44)

"Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah." 
(surah al-Ahzaab, ayat 35)

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam Penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri, dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar). 
(surah at-Tuur, ayat 48-49)

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah bersabda mengenai anjuran untuk mengingat dan bertasbih kepada Allah:

"Perumpamaan bagi orang yang mengingati Tuhannya dan orang-orang yang tidak mengingat adalah seperti orang hidup dan orang yang mati." 
(sohih Bukhari wa Muslim)

"Perkataan subhanallah, walhamdulillah, wa Lailaha illallah, wallahu akbar lebih aku sukai daripada terbitnya matahari." 
(hadith riwayat Abu Hurairah)

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda kepada salah seorang sahabatnya yang bermaksud:
"Mahukah kamu akau tunjukkan tentang perkataan yang berasal dari gudang syurga, iaitu kamu berkata: La haula wa laa quwwata illa billah." 
(sohih Bukhari wa Muslim)

Orang yang suka mengingati Allah, dialah yang paling bahagia. Dialah yang paling banyak bertasbih, bertakbir, bertahmid dan bertahlil. Sesiapa yang menyibukkan diri dengan mengingati Allah maka Allah akan menjadikan hati orang tersebut hanya sibuk dengan ketaatan kepada-Nya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan perkara selain Allah maka Allah akan membuat orang tersebut menjadi sibuk dengan dirinya sendiri dan memenuhi hatinya dengan kesibukan serta mengekalkan kefakirannya dan menyia-nyiakan umurnya. Allah juga akan membuat orang tersebut kesukaran untuk mencapai apa yang diingininya dan Allah akan menutup pintu kebaikan dan pintu rahmat kepada orang tersebut.

Oleh kerana itu, sebaiknya kita selalu ingat kepada Allah. Ini disebabkan kerana Allah adalah pemilik nikmat, kebaikan dan keutamaan. Allah subhanahu wa ta`ala adalah Zat yang paling berhak untuk disembah, ditaati, diingati dan disyukuri. Allah Maha Agung dan Maha Tinggi.

- petikan dari buku Al-`Azhamah: KEAGUNGAN - Kebesaran Ilahi Pada Tiap Sesuatu 
karangan Dr `Aidh Abdullah Al-Qarni

RaSa RinDu:)




Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah

Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

(RiNdU-HijjaZ) 
 Ya Allah..aku mencintaiMU...aku merindui kekasihMU..

Isnin, 11 April 2011

BBQ di SunGai ConGkak

Kisah aku bermula
pada hari ahad dimana waktu holiday.. 
memandgkn outside  pun xde aku diplawa maksdara follow bersantai 
di Taman Rekriasi Sungai Congkak di Hulu Langat.
terbangnya kami ke sana dengan 2 buah kereta, proton wira & proton iswara.
penerbangan kami dari puchong jaya ke sana mengambil masa 2jam.
tiba disana pda pukul 2.30ptg.

bila sampai ditapak rekriasi aku mula memerhati
mencuri pandangan disetiap mataku yg liar
xjemu dengan keindaha ciptaan Ilahi..
sungguh kagum dengan arus yg dialirkan melalui celahan batu...
menghirup udara segar tanpa straw...
sambil aku bersama kemera digital yg murah..
12 MegaPixels aje.. pun jadi lahh...xde baject lagi..huhuhu.
dengan itu terhasilah lukisan yg aku coba lakarkan melalui
LCD 27", f=6.2-18.6mm F=3-5.6 4x optical zoom LENS.

awal waktu kami mendirikn khemah utk berteduh mghilangknan rasa penat pemerhati.
bagi aku kat sini tempat sungguh chantek...
bergembera sama anak2 sdara...kalo xde mereka percaya! aku xmandi..huhuhu
ramai pengunjug datang bersama family, tuk mghibur anak2...
sangat2 sesuai utk kanak-kanak, kerana
sungainya cetek..tapi arusnyer laju dan sungguh chantek!!!
batu ini aku terpegum dengan air keluar dicelahnya..
itu yg aku fokus sama lens dan aku melakar background tuk posing..
posing yg bermacam gaya anak sdra..

aku bersyukur padaMU YA Allah,..dapat merasakan arus ciptaanMU.
Tenang hatiku ditenggelami arus yg amat2 chantek....laju2 terasa sejuk 
dipeluk batu kiri kanan amat melenakan.. terasa sukar bangun kembali.
itulah hakikatnNYA.
BBQ xkn lupa asap api, akulah penunggul api juga pembakar 
mahupun penjual sambilan..hahaha....mau try ayam ker???
bets..ayam perap planta n madu je.. .
time membakar xberhenti hidungku menyedup aromanye..
belom masak dah rasa kenyang..
lagi sodap terhangus juga hangit..best!!! hehehe
P/S: utuk menyedapkn BBQ time berkelah.. ikut la ayam ke, daging ke mahupun ikan..
yg penting bahan2 tu jngan bawa belebih.. nnti xde rasa dalam berkhmah....biar xcukup baru rasa lapar..hahahhaa, bru ad tanda kenangan kt situ.huhuhu
Lokasi : Hutan Lipur, Sungai Congkak,Hulu Langat
Watak : Saudara-mara
Aktiviti : Rest @ BBQ
Dilukis : 4.00ptg

Ahad, 3 April 2011

Wanita yang aku sayangi keranaMU.

Bagai mawar berduri

Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…

Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang di mata dan

wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya

dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari

Sesungguhnya
Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum Hawaku…

Jadilah kamo.. WANITA “Mujahidah”
Juga sayap kiri perjuanganku
yang aku diimpikan itu..
aku mencintainya
kerana agamaMU
YA Allah.

Sabtu, 2 April 2011

Yakinkan Pada Diri sendiri.


apa yang kita percaya itu,
akan mnentukan p’buatan kita…
dan p’buatan kita itu, 
akan mnentukan keputusan kita…

begitu juga dengan khidupan kita… 
apa yang ada pada hari ini, 
adalah hasil daripada kepercayaan kita sendiri… 
sekiranya kita percaya yang kita akan b’jaya… 
maka, kita akan b’jaya…
tapi, sekiranya kita percaya yang kita akan gagal…
maka, kita akan gagal…

tanamkan kepercayaan d’dalam diri kita… 
yang kita akan b’jaya… 
dan, senantiasalah b’fikiran positif… 
serta, berusahalah b’sungguh sungguh 
untuk mencapai apa yang kita impikan…

untuk b’jaya dalam hidup…
kepercayaan dan keyakinan kepada diri sendiri 
adalah sangat penting… 
pabila kita percaya kepada diri sendiri… 
kita akan mula percaya akan kebolehan diri kita
untuk mencapai cita cita yang kita impikan…

Katakan pada diri sendiri. 
Aku Yakin Boleh!
Aku Yakin Boleh!
Aku Yakin Boleh!

InsyaAllah dengan berkat usha kita...
KitaYakin Boleh!

Jumaat, 1 April 2011

Visit Construction Site as Install Artwork






 
wajah2 kehausan naungan, panas mentari terpacak lurus dikepala
diketika jam 1.15 ptg-3ptg.
Kerja berjalan lancar, rela dijemurkan diri.

Kusyuk memeriksa design dibawah sinar mentari.












Kerosakan berlaku setelah sebulan  Install.

Ketulan batu jadi tanda tanya.


Tarikh : 30/03/2011
Time : 11.30th-5.00ptg
Lokasi : KAJANG 2, Kajang Selangor.
Axtiviti : Install Main Signboard and Visit Construction Site
Watak : Michael, Sifu, Hafiz and Well.

P/S : ukiran senyuma, time balik kerja penat teramat, tapi bila menjelin2 hasil
shot picture tenang hati dipandang, dahaga tiba2 lega:)
banyak belajar erti kaseh sayang
juga kesabaran dalam kehidupan
yang mncetuskan rasa kebahagian 
dengan nikmat Tuhan.
Hasil pic yang diubah oleh saya (editor 3Designer) ketika Install Artwort at Kajang 2.










Panduan Kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...